Assalamualaikum, salam 1malaysia...
Pabila digerakkan aku untuk mencoret sedikit coretan berkenaan dengan kamekBloya, aku menggariskan beberapa faktor yang mewujudkan serpihan hujah untuk aku ketengahkan melalui penulisan d sitok.
Shiohh.. paham torang ka? Aku kedirik ngambik masa mok maham pa d loya ku atas ya.. hua hua..
Hmmm...
Aku suka menulis. Aku ada diari..
huh?? diari?? peewiitt~
Aok! aku ada diari.. Walau termaktub jantina ku sebagai seorang lelaki,... aku ada diari. So what? Ingat ompuan jak bleh menulis?
Diari2 yang biasa kita faham definasinya.. yang kita tauk kebanyakkannya bersifat flashback.. ditulis untuk dokumentasi perjalanan kehidupan yang kelak nya akan di baca untuk kenang kenangan dan tatapan sejarah.
Berbeza dengan aku. Aku lebih suka menulis sesuatu yang bersifat futuristik. Sebagai contoh hari tuk, aku menulis sebuah cita2, mok memandu Ferrari pada 21 December 2030 misalnya... Aku akan catat dalam diari. Dalam setiap saat menghampiri tarikh yg ku tunggu, aku merangka sebuah pelan yang membolehkan aku untuk mengecap apa yang aku impikan pada atau sebelum tarikh ya ku tinjak.
Aku lah engineer kehidupan aku. Aku juak lah arkitek kehidupan aku. Jadi diari adalah kertas kerja untuk projek kehidupan aku.
Apa kaitan nya dengan blog kamekBloya?
Ntah aku pun sik tauk. -_-"
Jadi... aku suka menulis. Pendekatan penulisan aku berbanding blogger lain mungkin agak berbeza. Masing2 ada cara kdirik dalam menulis. Ada yang suka menulis tentang kenangan2 sidak dulok marek, ada yang suka menulis kegiatan2 sidak pada waktu sekarang, dan ada juak blogger yang suka berkongsi ilmu ato info yang berguna untuk kita..
Sama kedak aku, aku lebih suka menulis beberapa pengalaman, maklumat, perkembangan semasa, dan info2 yang aku rasa maok d kongsi tapi gaya penceritaannya,.. mengikut perspektif aku. Dan yang pastinya aku lebih suka menulis sesuatu yang general instead of bercerita tentang kehidupan harian aku.
Sambil2 ya, aku suka berkongsi cerita2 yang aku rasa lucu dan lawak. Aku suka benda yang lawak. Walopun ku sik pande melawak. Tapi aku mok juak nulis benda yang aku rasa lawak. Untuk aku mpun tetak. And lawak2 yang aku paling suka ialah lawak yang polah kita berfikir. Ku x suka lawak direct.. lebih prefer yang berkias dan logik.. so sapa ada koleksi lawak2 yang berkias ya... roger2 la ho... untuk aku tetak.. sebab apa? sebab aku suka tekak..
So InsyaAllah, supaya pejalanan kamekBloya sik melencong dari tujuan asal... aku meletakkan beberapa kategori.
1) Muhasabah
- Lebih berunsur pendapat bedasarkan sisi pandang aku yang d susuli dengan nasihat, untuk dirik aku khusus nya.
2) Relax
- Ha... sitok ku napuk suma cerita2 pakey ku tetak.
3) Politik
- Sik terhad kepada politik dalam negara.. Bloya sal politik luar negara pun aku suka.. malah aku LEBIH suka.. berbanding masalah politik dalam negara yang sikda kesudahan ya..